Thursday, March 3, 2011

Cinta Kau dan Aku

Lepas baca Andai Itu Takdirnya, saya cadangkan anda membaca novel ini pula, ... huhu...

Biasenya kalau dah baca satu penulisan author tu, mesti kita akan ikuti novel2 diorang yg seterusnya, ye tak?? So, kalau dah rasa terikat dengan Siti Rosmizah, bacalah cerita ni pulak..anda takkan menyesal.. kisah 'Cinta Kau & Aku' ni kalau tengok gambar cover pun dah tau, heroin die keras hati sikit... bukan tomboy, tapi minat bawak kereta mewah2, wah.. ada jugak ya jenis perempuan macam ni? tapi agak kelakarla masa diorang nak kahwin tu... erm, bahagia bukan mudah untuk dikecapi tapi kita kena usahakan, ye tak? Pada mulanya, kalau boleh Risya tak pernah berangan untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Farish Hakimi kerana bagi Risya hubungan mereka hanya sebagai pekerja dan majikan. Titik. Tetapi kerana helah, kerana Mak Timah yang rasa terhutang budi, hubungan mereka tetap disatukan sebagai suami isteri yang sah. Perangai gila2 Risya 'bisa' membuat kita tertawa. Tidak disangka Farish Hakimi yang agak serius mampu jadi gila bayang dengan perangai 'slamber' Risya. Kalu level air mata untuk Andai Itu Takdirnya adalah 5, maybe cerita ni level nya 4 kot, turun sikit tidak bermakna tidak best, tapi ceritanya memang disusun dengan baik... sama seperti Andai Itu Takdirnya, anda pasti ingin menghabiskan cerita ini dalam masa yang pantas... selamat membaca!!! =)

Sinopsis belakang novel:

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya dah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya? soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang sentiasa berbisik manja ditelinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

No comments:

Post a Comment