
Comment saya: Hmm, cerita ni.... BEstTTT sangat2... kalau nak meleleh air mata, saya syorkan bacalah novel ni.. huhu... Fuh, lelaki tu ego sangat! apakenamanya? hmm...Syed Aizril.. dahsyat2... mula2 cakap x suka, tapi se.be.nar.nyeee...
Tulah, orang perempuan x blh lemah sangat... tapi kalau dah jadi macam Aleya, kena la tabah menghadapi dugaan, ye tak? Lelaki, walau sayang macam mana pun, still ego no 1, knp ya? kisah ni mmg byk dugaan... kalau baca masa2 konflik, mmg mengalir air mataku keharuan.. hihi... betoOL, tak caye? cube la bace dlu... ^_^ kasihan dengan Aleya, walaupun dia dah banyak berkorban, Syed Aizril tu masih dengan perangai egonya... Sekali dapat musibah, menyesal! Pastu buat balik perangai lama, apa kes? Anyway, cerita ini amat menarik kerana susunan ceritanya yang diselangi dengan pelbagai sulaman perasaan, gembira, sedih, cuak dan... anda rasailah sendiri... hihihi...
Sinopsis Belakang Novel:
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu takdirNya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdirNya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.